Toyota perkenal Yaris Cross
UMW Toyota Motor memperkenalkan Toyota Yaris Cross, SUV crossover segmen B lima tempat duduk pertama Toyota dalam kategori bukan nasional di Malaysia.
Model ini ditawarkan dalam dua varian iaitu 1.5S HEV (hibrid) dan 1.5S (petrol), selari dengan pendekatan Toyota ke arah neutral karbon. Ia turut dipasang secara tempatan di Bukit Raja.
Dibangunkan untuk pasaran serantau, Yaris Cross menyasarkan golongan pembeli muda dengan gabungan reka bentuk moden, praktikaliti harian dan ciri keselamatan. Ia hadir dengan rim aloi 18 inci, lampu LED penuh, paparan infotainmen 10.1 inci, Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, pengecas telefon tanpa wayar serta ruang but sehingga 471 liter.
Varian HEV menggunakan enjin 1.5 liter bersama motor elektrik dengan output gabungan 111 PS dan kecekapan bahan api antara 27.8 hingga 33.3 km/liter. Varian petrol pula menggunakan enjin 1.5 liter CVT dengan kuasa 106 PS dan tork 138 Nm.
Sebagai SUV, Yaris Cross mempunyai kelegaan tanah 210 mm, radius pusingan 5.2 meter dan keupayaan meredah air sehingga 600 mm.
Dari segi keselamatan, model ini dilengkapi Toyota Safety Sense, Blind Spot Monitor, Rear Cross Traffic Alert serta enam beg udara.
Yaris Cross hadir dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, manakala bateri hibrid menerima waranti lapan tahun, yang boleh dilanjutkan sehingga 10 tahun.
Antara sorotan utama:
- Rekaan SUV moden dengan rim aloi 18 inci, lampu LED penuh dan lima pilihan warna.
- Kabin premium dengan paparan infotainmen 10.1 inci, Apple CarPlay/Android Auto tanpa wayar, meter digital 7 inci, pengecas tanpa wayar, pintu belakang berkuasa serta ruang kargo sehingga 471 liter.
- Kepraktisan harian dengan kelegaan tanah 210 mm, radius pusingan 5.2 meter dan ruang dalaman yang luas.
Bagi prestasi:
- Varian HEV menggunakan enjin 1.5 liter bersama motor elektrik dengan output gabungan 111 PS, serta kecekapan bahan api antara 27.8 hingga 33.3 km/liter.
- Varian petrol menggunakan enjin 1.5 liter CVT dengan kuasa 106 PS dan tork 138 Nm.
Dari aspek keselamatan, Yaris Cross dilengkapi Toyota Safety Sense dengan sembilan ciri bantuan pemandu termasuk sistem pra-perlanggaran, adaptive cruise control, amaran keluar lorong, blind spot monitor, rear cross traffic alert serta enam beg udara.
Model ini dipasang tempatan di Bukit Raja. Ia hadir dengan waranti lima tahun tanpa had perbatuan, manakala bateri hibrid menerima waranti lapan tahun, boleh dilanjutkan sehingga 10 tahun.