SENI BUDAYA
[PUISI] Rumput Malam
Di celah helaian rumput malamKemuncup berdiri liar menghunusSemalu merayapBerjalaran durinyaSeperti tiada peduli akan kucupan embun pada urat halus dedaunan Sudah pasti ia percayaSebagaimana nyenyak mimpi zaman remajaBahawa sebentar lagiSayup terdengar ayam berkokokSahut menyahut meraikanFajar emas yang bakal merekah Angklung Malam,Jumaat 19 Disember 2025