[PUISI] Rumput Malam
Di celah helaian rumput malam
Kemuncup berdiri liar menghunus
Semalu merayap
Berjalaran durinya
Seperti tiada peduli akan kucupan embun pada urat halus dedaunan
Sudah pasti ia percaya
Sebagaimana nyenyak mimpi zaman remaja
Bahawa sebentar lagi
Sayup terdengar ayam berkokok
Sahut menyahut meraikan
Fajar emas yang bakal merekah
Angklung Malam,
Jumaat 19 Disember 2025