Tuju

KUALA LUMPUR: Fungsi navigasi aplikasi TuJu yang mengalami gangguan sejak beberapa hari lalu dijangka pulih selewat-lewatnya pada 6 November ini menerusi kerja pemulihan dan penambahbaikan yang sedang dilaksanakan pasukan teknikal.

Pengurusan TuJu, aplikasi navigasi hasil kerjasama Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan Prosignal Consortium Sdn. Bhd., memohon maaf kepada pengguna yang terjejas serta mengakui kesulitan dihadapi mereka.

Menurut kenyataan pengurusan itu, keutamaan ketika ini adalah memastikan fungsi navigasi kembali beroperasi dengan stabil dan lancar bagi memenuhi keperluan perjalanan pengguna.

Bagaimanapun, fungsi lain dalam aplikasi berkenaan masih boleh digunakan seperti biasa sepanjang kerja pemulihan dilaksanakan.

Pengurusan TuJu turut memaklumkan perkembangan terkini berkaitan kerja pemulihan akan disalurkan menerusi saluran rasmi aplikasi itu.

Pihaknya juga menghargai setiap laporan dan maklum balas pengguna yang membantu mengenal pasti masalah serta melaksanakan penambahbaikan bagi meningkatkan mutu perkhidmatan, termasuk aspek keselamatan data rakyat Malaysia. – PentasDaily

By Editor4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *