KUCHING – Situasi jerebu di negeri semakin buruk apabila daerah Serian mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap bahaya setakat 8 pagi ini.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di stesen pemantauan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serian mencecah 364.
Selain itu, tiga daerah lain di Sarawak turut merekodkan bacaan IPU pada tahap sangat tidak sihat iaitu Samarahan (300); Kuching (291) dan Sri Aman (214).
Sementara itu, tujuh lagi kawasan merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu masing-masing di Sarikei (195); Sibu (187); Bintulu (179); Samalaju (171); Mukah (170); Kapit (159); Miri (155) dan Institut Latihan Perindustrian (ILP) Miri (151). – PentasDaily

