Foto: EPA menerusi FB Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR: Jumlah rakyat Malaysia yang dilaporkan tidak dapat dihubungi susulan kejadian banjir dahsyat kekal 36 orang di China dan 55 orang di Nepal.

Kementerian Luar Negeri memaklumkan, jumlah itu meskipun sebelum ini dilaporkan tiga rakyat Malaysia merupakan antara warga asing yang belum dapat dikesan susulan kejadian gelongsoran lumpur di Pelabuhan Gyirong, Xizang, China.

Kementerian itu bagaimanapun mengesahkan bahawa tiga rakyat Malaysia berkenaan telah pun termasuk dalam 36 rakyat Malaysia yang kini dilaporkan tidak dapat dihubungi di China dan bukan merupakan kes tambahan.

“Kedutaan Besar Malaysia di Beijing dan Kathmandu terus bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan bagi memastikan keselamatan dan lokasi mereka yang masih tidak dapat dihubungi, selain membuat semakan silang maklumat dari kedua-dua negara bagi mengenal pasti sebarang duplikasi,” menurut kenyataan itu malam tadi.

Menurut Wisma Putra, sejak beberapa hari lepas, Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu turut memberikan bantuan konsular kepada anggota keluarga rakyat Malaysia yang masih tidak dapat dihubungi dan yang pergi ke ibu negara Nepal itu.

Ia berkata, kedutaan turut memberikan perkembangan terkini mengenai situasi semasa serta panduan berhubung prosedur tempatan, membantu menyelaras dengan pihak berkuasa Nepal yang berkaitan dan jika perlu, mengiringi anggota keluarga ke kemudahan berkaitan di Kathmandu.

“Anggota keluarga turut dinasihatkan supaya mematuhi semua arahan keselamatan yang dikeluarkan pihak berkuasa Nepal manakala Kedutaan Besar Malaysia di Kathmandu dan Beijing terus berhubung dengan pihak berkuasa masing-masing bagi mendapatkan akses ke kawasan yang lebih hampir dengan lokasi terjejas. – PentasDaily

By Editor3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *