KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkongsi pengalamannya menghadiri sambutan Hari Kebangsaank ke-69 di Dataran Putrajaya, semalam.
Menurut Dr Mahathir, beliau gembira kerana sambutan itu semalam masih betul-betul hangat.
Situasi itu, menurutnya, menyangkal dakwaan kononnya anak-anak muda tidak menghargai kemerdekaan.
“Saya lihat ramai anak muda Melayu, Cina dan India dalam barisan pemerhati.
“Muka mereka ria dan jelas mereka sedang sambut kemerdekaan seolah-olah mereka baru merdeka selepas dijajah.
“Semangat seperti ini akan kekalkan negara.
“Tidak ada yang lebih mulia dari mempertahankan negara tercinta,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.
Semalam, kehadiran Dr Mahathir pada sambutan itu terpalit kontroversi apabila beliau yang berkerusi roda dilihat bersama-sama lautan manusia menyaksikan perarakan sempena sambutan Hari Kebangsaan.
Ia menimbulkan persoalan berhubung tahap layanan yang sepatutnya diberikan kepada bekas Perdana Menteri dua kali berkenaan dalam menghadiri acara bertaraf kebangsaan.
Bagaimanapun, kementerian menjelaskan, jemputan rasmi kepada bekas Perdana Menteri untuk menghadiri acara tersebut tidak dibuat sejak 2018, selain Dr Mahathir difahamkan memaklumkan akan bercuti pada tarikh semalam. – PentasDaily

