tp-linkTP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (TP-Link Malaysia) memeterai memorandum persefahaman (MoU) selama tiga tahun dengan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

KUALA LUMPUR: TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (TP-Link Malaysia) memeterai memorandum persefahaman (MoU) selama tiga tahun dengan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS) bagi memperkukuh pembangunan bakat teknologi tempatan.

Kerjasama itu bertujuan merapatkan jurang antara industri dengan institusi akademik, selain menyediakan lebih banyak peluang kepada pelajar mendapatkan pendedahan praktikal dan kemahiran yang diperlukan dalam sektor teknologi.

Menerusi perkongsian berkenaan, pelajar UniSHAMS bakal mendapat akses kepada bengkel, kursus jangka pendek dan peluang latihan industri bagi melengkapkan pembelajaran akademik dengan pengalaman sebenar dalam industri.

tp-link
TP-Link Distribution Malaysia Sdn. Bhd. (TP-Link Malaysia) memeterai memorandum persefahaman (MoU) selama tiga tahun dengan Universiti Islam Antarabangsa Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (UniSHAMS).

Kerjasama itu turut membuka ruang kepada TP-Link Malaysia dan UniSHAMS menggabungkan kepakaran masing-masing bagi menyokong penyelidikan dalam bidang yang mempunyai kepentingan bersama.

Pengarah Serantau TP-Link Malaysia, Cai Zhenbiao atau Hugo Cai berkata, pembangunan bakat teknologi memerlukan kerjasama berterusan antara institusi pendidikan dengan pemain industri bagi memastikan graduan bersedia menghadapi perubahan teknologi.

“Penyertaan UniSHAMS dalam rangkaian universiti syarikat itu merupakan langkah memperluas ekosistem kerjasama industri-akademia untuk menyediakan tenaga kerja berkemahiran bagi memenuhi keperluan digital negara pada masa depan,” katanya dalam kenyataan.

Naib Canselor UniSHAMS, Prof. Dr. Mohd Amy Azhar Dato’ Haji Mohd Harif berkata, kerjasama itu dapat memperluas pengalaman pembelajaran pelajar di luar bilik kuliah, selain membuka peluang kepada ahli akademik untuk berinteraksi dengan industri dan menyumbang kepada penyelidikan.

Dalam perkembangan berkaitan, TP-Link Malaysia turut memperluas pendedahan kepada teknologi rangkaian perusahaan Omada serta laluan pensijilan Omada Certified Network Associate (OCNA) dalam rangkaian institusi akademiknya.

Inisiatif itu bertujuan membantu pelajar memperoleh pengetahuan berkaitan teknologi rangkaian dan kemahiran profesional yang relevan dengan keperluan industri.

TP-Link Malaysia menyasarkan peluasan kerjasama dengan institusi pendidikan dapat memperkukuh hubungan antara dunia akademik dengan industri, sekali gus membina asas lebih kukuh bagi melahirkan generasi profesional teknologi di Malaysia.

By Editor4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *