Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai pasangan pertama bekas ketua kerajaan di Asia yang kedua-duanya masih hidup selepas mencapai usia 100 tahun.

PUTRAJAYA : Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali mencipta sejarah apabila diiktiraf sebagai pasangan pertama bekas ketua kerajaan di Asia yang kedua-duanya masih hidup selepas mencapai usia 100 tahun.

Pengiktirafan Asia Records itu disampaikan dalam satu majlis di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, Selasa lalu, yang menyaksikan pasangan tersebut menerima tiga pengiktirafan rasmi.

Tun Dr Mahathir, 101, diiktiraf ASEAN Records sebagai Bekas Perdana Menteri Tertua Yang Masih Hidup, manakala Tun Dr Siti Hasmah, 100, menerima pengiktirafan sebagai Pasangan Kepada Bekas Perdana Menteri Tertua Yang Masih Hidup.

Kedua-duanya turut diiktiraf Asia Records sebagai Bekas Ketua Kerajaan dan Pasangan Pertama yang kedua-duanya merupakan Centenarian Yang Masih Hidup.

Pencapaian itu hadir selepas usia gabungan mereka mencecah 201 tahun pada 12 Julai lalu.

Pasangan berkenaan turut meraikan ulang tahun perkahwinan ke-70 pada 5 Ogos lalu selepas mendirikan rumah tangga pada tarikh sama pada 1956.

Tun Dr Mahathir menyambut ulang tahun kelahiran ke-101 pada 10 Julai, manakala Tun Dr Siti Hasmah genap 100 tahun dua hari kemudian.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *