KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di negara ini semakin memburuk selepas 30 daerah mencatatkan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) tidak sihat setakat pukul 12 tengah hari ini.
Situasi jerebu hari ini juga semakin meluas ke negeri-negeri di Semenanjung berbanding hanya di Sarawak sebelum ini.
Berdasarkan bacaan IPU semasa di laman web APIMS, lima kawasan di Sarawak merekodkan bacaan tidak sihat tengah hari ini dengan IPD Serian kekal paling tinggi dengan bacaan 180.
Ia diikuti daerah Sri Aman (17O); Kuching (170); Samarahan (156) dan Sarikei (152).
Sementara itu di bahagian Semenanjung pula, daerah Johan Setia, Selangor mencatatkan IPU paling tinggi iaitu (175), diikuti Shah Alam (162).
Kawasan lain termasuk di Tanjung Malim, Perak; Batu Muda dan Putrajaya dengan bacaan IPU masing-masing 156.
Empat daerah pula mencatatkan bacaan IPU 155 iaitu masing-masing di Minden, Pulau Pinang; Kuala Selangor; Nilai dan Bukit Rambai, Melaka.
Sementara itu, daerah Tasek Ipoh dan Seri Manjung, Perak merekodkan bacaan IPU 154, manakala Taiping dan Klang (153).
Daerah lain adalah Sungai Petani, Kedah; Petaling Jaya; Seremban; Segamat dan Batu Pahat dengan bacaan 152, manakala Balik Pulau; Banting dan Alor Gajah dengan bacaan 151.
Daerah Seberang Perai; Pegoh Ipoh dan Kota Tinggi pula merekodkan bacaan antara 146 hingga 115.
Bacaan IPU tidak sihat adalah antara 100 hingga 200. – PentasDaily

