KUALA LUMPUR: Pengasas dan Pengarah Urusan Kumpulan Weststar Group, Tan Sri Dr. Syed Azman Syed Ibrahim, 66, dianugerahkan Tokoh Maulidur Rasul Bagi Tahun 1448/2026 Kategori Tokoh Perdana pada Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1448/2026.

Anugerah itu disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sambutan yang berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, di sini hari ini.

Syed Azman yang merupakan pemilik syarikat perkhidmatan helikopter, Weststar Aviation Services Sdn Bhd (WAS) memberi tumpuan kepada sektor minyak dan gas (O&G)

Antara syarikat-syarikat yang menggunakan perkhidmatan syarikat itu adalah Petronas Carigali, Shell dan Tullow Oil, sekali gus mencerminkan dominasi beliau dalam sektor penerbangan sokongan tenaga serta kedudukan Weststar sebagai penyedia utama di rantau Asia Pasifik.

Antara sumbangan beliau dalam industri penerbangan adalah pencapaian Weststar dalam menyediakan lebih 40 helikopter untuk operasi minyak dan gas, sekali gus turut dikenali sebagai ‘Raja Helikopter Malaysia’. – PentasDaily

By Editor3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *