Foto: Media sosial

KUALA LUMPUR: Kembar siam, Muhammad Rosli, 28, disahkan meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras, di sini, jam 10.45 pagi tadi.

Perkara itu dikongsikan abangnya Ahmad, 28, yang memaklumkan adiknya sebelum ini dimasukkan ke hospital tersebut sejak Ahad lalu selepas mengadu tidak sihat.

“Muhammad baru meninggal dunia jam 10.45 pagi, jenazah masih ada di hospital lagi,” katanya.

Pada Julai tahun lalu, Muhammad menjalani rawatan di Hospital King Fahd National Guard, Riyadh, Arab Saudi selepas disahkan menghidap kanser pundi kencing.

Sepanjang lapan bulan berada di negara itu, Muhammad menjalani lima pembedahan dan lima sesi kemoterapi sebelum disahkan pulih serta menjalani rawatan susulan.

Pasangan kembar itu pernah mencuri perhatian rakyat Malaysia pada 200 kerana dilahirkan bercantum di bahagian dada sehingga pangkal paha.

Mereka kemudiannya berjaya dipisahkan dalam operasi pembedahan bersejarah selama 22 jam 45 minit di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi pada 2002 yang ditaja oleh Almarhum Raja Abdullah Abdulaziz Al-Saud yang menjadi pemerintah negara itu pada 2005 hingga 2015.

Mereka menjadi perhatian Kerajaan Arab Saudi sehingga Raja Abdullah mangkat pada 23 Januari 2015.

Namun kali terakhir berhubung dengan baginda adalah pada 2007 apabila diundang ke sana untuk dihadiahkan kaki palsu bagi memudahkan pergi ke sekolah.

Sejak itu, pasangan kembar berkenaan sering menjadi perhatian apabila memasuki zaman persekolahan pada 2005 sehinggalah melanjutkan pengajian ke Management & Science University (MSU) pada 2016. – PentasDaily

By Editor3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *