Klinik Dr Hasbi Perkasa Rawatan StemCell, Jalin MoU Bersama Ruffedge
3 mins read

Klinik Dr Hasbi Perkasa Rawatan StemCell, Jalin MoU Bersama Ruffedge

KUALA LUMPUR: Klinik Dr Hasbi terus mengukuhkan kedudukan sebagai peneraju rawatan regeneratif dalam negara melalui penggunaan Mesenchymal Stem Cells (MSC), yang semakin mendapat perhatian masyarakat khususnya bagi masalah sakit lutut dan degenerasi tisu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Dr Hasbi Harun, berkata MSC merupakan sel regeneratif berkualiti tinggi yang terbukti membantu mengurangkan keradangan, merangsang pembaikan tisu, mempercepat penyembuhan dan menyokong kesihatan tubuh secara menyeluruh.

“Terapi stem cell ini menjadi pilihan kerana ia semula jadi, tidak memerlukan pembedahan dan mempunyai tempoh rehat minimum. Ia memberi hasil ketara dalam rawatan wajah, kulit dan khususnya tulang rawan lutut bagi pesakit osteoarthritis,” katanya.

Datuk Dr Hasbi Harun

3 kaedah rawatan lutut mengikut tahap sakit

Menurut Dr Hasbi, sakit lutut bukan hanya dialami golongan berusia, sebaliknya turut menyerang mereka yang aktif bersukan, bekerja kuat atau pernah mengalami kecederaan.

“Tanda awal termasuk lutut berbunyi, rasa ketat pada waktu pagi, lenguh, kejang dan kerap krem. Rawatan awal penting sebelum keadaan menjadi serius,” jelasnya.

Klinik Dr Hasbi menyediakan tiga bentuk rawatan mengikut tahap keseriusan, iaitu:

  1. Suntikan gel – untuk kes ringan.
  2. Suntikan gel & kolagen – bagi tahap sederhana.
  3. Rawatan komprehensif (gel, kolagen & stem cell) – untuk kes serius bagi memberikan kelegaan dan keberkesanan optimum.

Dari pakar khatan moden ke hab regeneratif

Sebelum mengembangkan kepakaran dalam bidang regeneratif, Klinik Dr Hasbi terkenal sebagai pelopor khatan moden melalui inovasi Dr B. Clamp, yang menjadikan prosedur lebih selamat, pantas dan kurang trauma kepada pesakit.

Kini, klinik itu beralih ke fasa lebih besar sebagai hab kesihatan holistik berteraskan terapi regeneratif dan gaya hidup sihat.

Dr Hasbi menegaskan semua rawatan di kliniknya adalah selamat, halal, beretika dan audit ready, selaras visi menjadikan kesihatan sebagai pelaburan jangka panjang. Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada isterinya, Datin Adibah Karimah, yang menjadi tonggak pengembangan klinik.

Datuk Dr Hasbi Harun (tiga dari kiri), Datin Hajah Adibah Karimah Abdul Majid (empat dari kiri) bersama kumpulan Ruffedge.

Kerjasama dengan Ruffedge: Sains bertemu seni

Dalam usaha mengukuhkan kesedaran awam, Klinik Dr Hasbi menjalin kerjasama rasmi dengan kumpulan Ruffedge melalui memorandum persefahaman (MoU).

“Ruffedge dipilih bukan sekadar kerana populariti mereka, tetapi nilai persahabatan, disiplin dan inspirasi yang mereka bawa sejajar dengan mesej kesihatan yang mahu kami sampaikan kepada generasi muda,” kata Dr Hasbi.

Vokalisnya, Azan, mendedahkan mengalami osteoarthritis pada usia 41 tahun hingga menjejaskan pergerakan sebelum memilih rawatan stem cell di Klinik Dr Hasbi sebagai langkah pemulihan.

“Masa muda, cedera cepat baik. Sekarang proses pemulihan perlahan. Stem cell bantu kami kembali cergas dan bersedia ke pentas,” kata seorang lagi anggota kumpulan.

Mengikut MoU itu, semua anggota Ruffedge akan menerima rawatan regeneratif mengikut keperluan masing-masing, merangkumi kecederaan sukan dan degenerasi tisu akibat usia.

Majlis menandatangani MoU disertai Datuk Dr Hasbi, Ketua Pegawai Operasi Datin Hajah Adibah Karimah Abdul Majid serta semua anggota Ruffedge, iaitu Azan, Sein, Syed Mohammad, Zain dan Farish.

Pusat perubatan enam tingkat siap 2026

Klinik Dr Hasbi kini membangunkan Medical & Wellness Centre enam tingkat yang dijangka siap tahun depan, dilengkapi pusat rehabilitasi dan kemudahan kesihatan moden bagi menampung permintaan pesakit dari Malaysia, Hong Kong dan Singapura.

“Kos pembinaan dianggarkan antara RM6 juta hingga RM7 juta, tetapi mungkin mencecah RM10 juta termasuk mesin perubatan,” katanya.

Klinik itu turut merancang membuka cawangan di Pulau Pinang dan Johor selepas pusat baharu beroperasi sepenuhnya.

Orang ramai yang ingin mendapatkan rawatan boleh berkunjung ke Bandar Puteri, Puchong atau menghubungi 03-5882 3894.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *