KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikurniakan Darjah Kerabat Laila Utama Yang Amat Dihormati (D.K) daripada Kerajaan Brunei.
Pengurniaan itu disempurnakan Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.
Anwar menerusi hantaran di Facebooknya hari ini menyifatkan penganugerahan itu sebagai amat bermakna dan menjadi lambang keakraban serta persaudaraan istimewa antara Malaysia dengan Brunei.
Terdahulu, Anwar selamat tiba di Brunei semalam bagi menghadiri Rundingan Tahunan Pemimpin Malaysia-Brunei Darussalam Ke-27 (ALC-27) yang dijadualkan berlangsung hari ini.
Ketibaannya di sambut Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan isteri, Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam.
Menurut Anwar, rundingan itu bertujuan untuk terus memperkukuh hubungan persaudaraan kedua-dua negara. – PentasDaily

