Odyssey OLED G8 lebih menumpukan kepada gabungan visual 4K, kelancaran dan pengalaman imersif, manakala Odyssey OLED G7 menawarkan fleksibiliti antara kualiti visual dan kelajuan.

KUALA LUMPUR : Bagi kaki gaming, pengalaman bermain bukan sekadar soal menang atau kalah. Paparan yang jelas, warna yang hidup dan pergerakan yang lancar juga memainkan peranan penting, terutama ketika mengharungi dunia permainan yang semakin realistik.

Menyedari keperluan itu, Samsung memperkenalkan barisan monitor gaming OLED Odyssey terbaharunya menerusi Odyssey OLED G8 (G80SH) dan Odyssey OLED G7 (G73SH).

Direka untuk memenuhi keperluan pemain kasual mahupun kompetitif, kedua-dua model ini menggabungkan kualiti visual, kelancaran permainan serta ciri yang membantu memberikan pengalaman gaming lebih mengasyikkan.

Visual lebih hidup dengan Odyssey OLED G8

Bagi mereka yang gemarkan permainan dengan grafik terperinci, Odyssey OLED G8 (G80SH) menawarkan paparan QD-OLED 4K yang mampu menyerlahkan butiran, warna dan kedalaman visual dengan lebih baik.

Daripada meneroka dunia permainan yang luas hinggalah menyertai perlawanan multiplayer yang pantas, paparan berkenaan membantu menjadikan setiap babak kelihatan lebih jelas dan menarik.

Teknologi Glare Free pula membantu mengurangkan pantulan cahaya di sekeliling, membolehkan pemain kekal fokus pada skrin walaupun bermain dalam ruang yang terang.

Samsung turut melengkapkan model ini dengan OLED Safeguard+, yang direka untuk membantu mengurangkan suhu teras serta mengurangkan risiko burn-in.

Ciri itu pastinya menarik bagi mereka yang gemar menghabiskan masa berjam-jam di hadapan skrin, sama ada untuk gaming, menonton kandungan atau sekadar menikmati hiburan selepas seharian bekerja.

Dari aspek kelancaran, Odyssey OLED G8 hadir dengan kadar segar semula 240Hz dan masa tindak balas 0.03ms, menjadikan pergerakan dalam permainan lebih lancar dan responsif.

Satu monitor, dua gaya permainan

Sementara itu, Odyssey OLED G7 (G73SH) menawarkan pendekatan yang lebih fleksibel untuk pemain yang gemarkan pelbagai genre permainan.

Paparan OLED 4K menghasilkan warna hitam yang lebih pekat serta kontras yang lebih menyerlah, sekali gus memberikan pengalaman visual lebih mendalam ketika bermain permainan dengan suasana gelap atau dunia sinematik.

Menariknya, model ini dilengkapi fungsi Dual Mode yang membolehkan pengguna memilih antara mod 4K Detail atau 330Hz Speed.

Bagi permainan berasaskan cerita, pengguna boleh memilih 4K Detail untuk menikmati grafik yang lebih terperinci. Sebaliknya, mod 330Hz Speed boleh menjadi pilihan ketika bermain permainan kompetitif yang memerlukan tindak balas pantas.

Sesuai untuk pelbagai gaya gamer

Kehadiran kedua-dua model ini memberi lebih banyak pilihan kepada pengguna yang mahu menjadikan monitor sebagai sebahagian daripada pengalaman hiburan dan gaming mereka.

Odyssey OLED G8 lebih menumpukan kepada gabungan visual 4K, kelancaran dan pengalaman imersif, manakala Odyssey OLED G7 menawarkan fleksibiliti antara kualiti visual dan kelajuan.

Dalam masa sama, Samsung meneruskan usaha memperkukuh kedudukannya sebagai jenama monitor gaming OLED nombor satu dunia* menerusi barisan Odyssey terbaharu ini.

Harga promosi

Di Malaysia, Samsung Odyssey OLED G8 (G80SH) kini ditawarkan pada harga promosi RM5,099, berbanding harga runcit dicadangkan (RRP) RM5,999.

Manakala Odyssey OLED G7 (G73SH) boleh didapati bermula RM4,299, berbanding RRP RM4,599.

Promosi berkenaan berlangsung menerusi Samsung Online Merdeka Screen & Sound Upgrade Promotion dari 1 Ogos hingga 30 September 2026.

Jadi, bagi mereka yang sudah lama merancang untuk menaik taraf setup gaming, barisan Odyssey OLED terbaharu ini mungkin boleh menjadi salah satu pilihan untuk dipertimbangkan.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *