KUALA LUMPUR – Jenama penjagaan kulit terkemuka dari Korea, Mediheal, melakar sejarah baharu apabila melancarkan acara solo pertamanya di Malaysia melalui kolaborasi eksklusif bersama Guardian Malaysia, semalam.
Majlis pelancaran yang berlangsung di Starhill, Kuala Lumpur, menyaksikan kehadiran wakil media, pempengaruh serta pemain industri kecantikan tempatan dalam meraikan kejayaan global jenama tersebut yang kini mengukuhkan kedudukannya di pasaran Asia Tenggara.
Acara bertemakan “Mediheal Lab – Our Solution, For All” itu mengetengahkan komitmen jenama berkenaan dalam menyediakan penyelesaian penjagaan kulit berasaskan sains untuk semua jenis kulit.
Menurut wakil Sammoor Beauty Sdn. Bhd., pengedar tunggal Mediheal di Malaysia, Nicole Lim, acara itu mencerminkan usaha berterusan jenama tersebut dalam memperkenalkan inovasi kecantikan yang bukan sahaja berkesan bahkan dipasarkan pada harga berpatutan.
“Mediheal percaya bahawa penjagaan kulit harus berkesan dan inklusif. Melalui pelancaran ini, kami mahu pengguna Malaysia merasai sendiri penyelesaian berasaskan sains yang telah mendapat kepercayaan jutaan pengguna di seluruh dunia,” katanya.
Nicole Lim
Majlis pelancaran produk Mediheal yang diadakan di Starhill, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Antara tumpuan utama acara ialah pengenalan Siri Penjagaan Kulit PDRN yang menampilkan tiga produk utama iaitu Rose PDRN Essential Mask, PDRN Lifting Pad dan PDRN Serum.
Rangkaian ini diformulasi dengan bahan aktif PDRN yang berfungsi membantu penjanaan semula kulit, meningkatkan keanjalan serta memberikan penghidratan mendalam bagi mengekalkan kulit yang sihat dan muda.
Selain sesi pelancaran, pengunjung juga turut berpeluang menikmati pelbagai aktiviti interaktif seperti demonstrasi produk, pameran sains kecantikan serta promosi eksklusif di lokasi acara.
Sebagai jenama topeng muka No.1 di Korea, Mediheal telah lama dikenali dengan kejayaan menggabungkan sains dermatologi dengan inovasi kecantikan. Setiap produk jenama itu melalui ujian dermatologi yang ketat, menjadikannya pilihan utama pengguna di lebih 30 negara termasuk Malaysia.
Acara Mediheal Lab ini turut menandakan kesinambungan kerjasama strategik antara Sammoor Beauty dan Guardian Malaysia, dua peneraju dalam industri kecantikan dan kesihatan tempatan.
Produk Mediheal dari Korea Selatan kini dipasarkan di seluruh negara melalui Guardian.
Guardian Malaysia yang mempunyai lebih 550 cawangan di seluruh negara kini menjadi destinasi utama pengguna bagi produk kesihatan dan kecantikan dengan lebih 33 juta pelanggan setiap tahun.
Dengan pelancaran rasmi ini, Mediheal bukan sekadar memperkukuh kehadirannya di pasaran Malaysia, malah memperlihatkan potensi Kuala Lumpur sebagai pusat utama perkembangan trend kecantikan Asia.
Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi: Nicole Lim, Pengarah Pembangunan Perniagaan, Sammoor Beauty Sdn. Bhd. | ✉️ nicole@sammoorbeauty.com.my