Detik Mengubah Hidup: Kisah Sel Kanser yang ‘Padam’ dan Realiti Rawatan Yang Tidak Pernah Kita Nampak
2 mins read

Detik Mengubah Hidup: Kisah Sel Kanser yang ‘Padam’ dan Realiti Rawatan Yang Tidak Pernah Kita Nampak

Hari ini saya, Timah Munie, ingin berkongsi satu kisah yang membuka mata dan menyentuh hati. Kisah yang saya dengar sendiri ketika membuat lawatan ke Sunway Medical Centre (SMC).

Kisah ini datang daripada seorang wanita hebat, seorang pejuang kanser payudara tahap 4, yang pernah berdepan detik paling menakutkan dalam hidupnya.

Di hadapan saya ketika itu, ditunjukkan dua imej imbasan. Di sebelah kanan, kelihatan tompokan ungu dan putih menunjukkan sel-sel kanser yang sudah merebak sehingga ke tulang belakang.

Satu pemandangan yang cukup meresahkan, seolah-olah penyakit itu sedang “menduduki” ruang tubuhnya tanpa izin.

Namun di sebelah kiri, imej yang sama sekali berbeza: kosong, bersih, dan bebas daripada sebarang tanda kanser. Dua gambar ini sebenarnya adalah pesakit yang sama, tetapi pada dua babak berbeza dalam hidupnya iaitu sebelum dan selepas menjalani beberapa sesi radioterapi di SMC.

Alhamdulillah… semua sel kanser berjaya dimatikan.
Saya sendiri hampir menitiskan air mata bila mendengar kisah bagaimana beliau kembali bangkit selepas rawatan yang intensif itu.

Seorang staf SMC memberitahu, pesakit ini kini sudah survived sejak 2019 tanpa sebarang sel kanser dikesan. Hampir enam tahun rahmat Allah memelihara perjuangannya.

Tetapi di sebalik keajaiban itu, ada realiti yang jarang kita lihat: kos rawatan yang mencecah RM200,000. Harganya hampir seperti sebuah rumah.

Ketika berbual dengan kakitangan hospital, satu perkara menarik perhatian saya. Ramai daripada mereka sendiri walaupun bekerja di hospital besar mengambil perlindungan perubatan tambahan.

Mereka kata, bila melihat sendiri kos rawatan sebenar, barulah sedar bahawa manfaat perubatan daripada majikan selalunya tidak cukup.

Lebih menggerunkan bila staf berkongsi, 40% pesakit kanser yang dirawat di SMC tiada sejarah kanser dalam keluarga.

Dengan kata lain, sesiapa sahaja boleh terkena. Dan dalam keadaan ekonomi yang semakin mencabar serta inflasi yang meninggi, kemampuan menanggung rawatan besar seperti ini menjadi persoalan yang sangat nyata.

Doa itu penting. Tapi ikhtiar juga wajib ada. Perlindungan kesihatan bukan lagi pilihan tapi ia keperluan.

Sebab itu saya terpanggil untuk berkongsi bahawa kini ada promosi medical card dengan perlindungan sehingga RM6 juta setahun, hanya RM149 sebulan—ibarat membina payung sebelum hujan, sebelum badai datang tanpa amaran.

Semoga kita semua dijauhkan daripada ujian berat ini. Dan semoga kisah wanita hebat ini menjadi peringatan bahawa hidup ini rapuh, tetapi peluang untuk terus hidup sering datang melalui ikhtiar yang kita buat hari ini.

— Kisah ini adalah hasil nukilan Timah Munie dan tidak mewakili pendirian PentasDaily.Com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *