Individu bantu Dato Red tunai umrah rupanya Pengasas Nilam Empire
2 mins read

Individu bantu Dato Red tunai umrah rupanya Pengasas Nilam Empire

KUALA LUMPUR – Teka-teki mengenai identiti usahawan wanita yang membantu Datuk Seri Adnan Abu atau Dato Red ‘membuka sekatan muflis’ untuk menunaikan umrah akhirnya terjawab.

Individu berkenaan adalah Pengasas Nilam Empire, Puan Nur Nilam Ortiz selepas pendedahan mengenai perkara itu dibuat oleh Dato Red sendiri di media sosial.

Sebelum itu, Nur Nilam hanya sekadar mendiamkan diri kerana merasakan bantuan yang dihulur itu adalah atas dasar keikhlasan hatinya dan tidak perlu dihebahkan.

Media sebelum ini melaporkan, seorang usahawan tampil membantu Dato Red menyelesaikan baki tunggakan bayaran kepada Jabatan Insolvensi Malaysia bagi membolehkan beliau ke luar negara.

Difahamkan, kira-kira RM4,000 dibayar oleh Nur Nilam dalam satu pertemuan yang tidak dirancang kedua-dua usahawan berkenaan semasa menghadiri kursus umrah yang membuka kepada penyelesaian tidak dijangka itu.

“Saya sekadar membantu ikut kemampuan saya. Itu rezeki Allah. Tiada niat lain.

“Apabila dimaklumkan bahawa Dato Red tersangkut akibat tunggakan, saya terus bertanya hal sebenar dan selesaikannya tanpa berlegah,” katanya kepada PentasDaily.

Rombongan umrah Dato Red bersama Nur Nilam Ortiz baru-baru ini.

Semasa siaran Live di TikTok sebelum ini, orang ramai memberi pujian kepada Nur Nilam sebagai tanda terima kasih di atas keprihatinan dan sikap murah hatinya.

Warganet menyifatkan tindakan beliau sebagai mulia dan menyentuh hati, selain mengagumi keprihatinannya terhadap liku perjalanan perniagaan serta kehidupan Dato’ Red.

“Bagi saya, tangan yang memberi dan menerima biarlah antara kita dan Allah. Rezeki saya datang daripada-Nya dan sebahagiannya memang untuk dikongsikan,” ujar Nur Nilam.

Nilam yang berada di Mekah selama dua minggu menegaskan tujuan utama tindakan itu adalah untuk memudahkan Dato Red mengerjakan umrah dengan setulus hati.

“Seperti jemaah lain, kami datang dengan doa masing-masing. Saya doakan Dato Red yang melalui fasa mencabar dan saya sendiri ada hajat besar yang ingin dipohon di tanah suci,” katanya.

Tindakan spontan dan sikap rendah hati Nur Nilam sekali lagi menyerlahkan peranannya sebagai usahawan wanita berjiwa besar.

dato Red
Datuk Seri Adnan Abu atau Dato Red

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *