Foto: FB JPJ Kedah

KOTA SETAR: Helah seorang pemandu yang cuba menyembunyikan identiti dengan menggunakan cermin gelap akhirnya terbongkar selepas kenderaan dipandu secara mencurigakan ditahan anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah di sekitar Jalan Putra, Alor Setar.

JPJ Kedah dalam satu kenyataan berkata, pemeriksaan mendapati pemandu berkenaan tidak memiliki Lesen Memandu Malaysia (LMM) yang sah, selain cukai jalan telah tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans.

Lebih mengejutkan, ujarnya, lelaki terbabit cuba mengelirukan anggota dengan mengemukakan MyKad milik isterinya dan mendakwa dirinya berbangsa Melayu.

“Dalam masa sama, dia turut selamba mengunyah daun sirih ketika pemeriksaan dijalankan.

“Helah akhirnya terbongkar dan kenderaan berkenaan disita untuk tindakan lanjut,” katanya.

Sementara itu, JPJ Negeri Kedah menegaskan bahawa penguatkuasaan akan terus dilaksanakan tanpa kompromi dan undang-undang jalan raya wajib dipatuhi oleh semua pengguna, tanpa mengira latar belakang. – PentasDaily

By Editor3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *