Gambar hiasan KLIA2

KUALA LUMPUR : Misteri bau busuk dari ruang simpanan tayar sebuah pesawat yang tiba dari Tokyo, Jepun, membawa kepada penemuan mayat seorang individu di KLIA2, pagi tadi.

Mayat yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemui kira-kira jam 6.55 pagi, tidak lama selepas pesawat berkenaan mendarat sekitar jam 6.30 pagi, lapor Berita Harian.

Difahamkan, mayat berkenaan ditemui kakitangan kejuruteraan yang membuka ruang simpanan tayar pesawat untuk menjalankan pemeriksaan.

Kakitangan terbabit dikatakan terhidu bau busuk mencurigakan sebelum membuka ruang berkenaan dan menemukan mayat yang memakai seluar jean serta baju putih.

Penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada Bilik Gerakan Balai Polis KLIA2 sebelum Unit Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikerahkan ke lokasi untuk siasatan.

Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai berusia sekitar 20-an dan sudah meninggal dunia lebih 72 jam.

Bagaimanapun, pemeriksaan mendapati tiada dokumen pengenalan diri ditemui bersama mayat berkenaan.

Polis kini menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti identiti mangsa serta punca kematiannya.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *