KUALA LUMPUR – Semua syarikat televisyen dan radio diminta menyederhanakan serta menyesuaikan kandungan siaran hari ini sebagai tanda penghormatan terhadap pemergian Tun Dr. Hasmah Mohd. Ali.
Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, permintaan itu dibuat sebagai penghormatan terhadap jasa dan sumbangan Allahyarhamah yang disifatkannya sebagai tokoh yang dekat dengan rakyat.
Menurut beliau, pemergian isteri kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu merupakan satu kehilangan yang amat mendukacitakan.
“Ini adalah satu momen yang amat mendukacitakan. Allahyarhamah banyak berjasa pada negara, sering dilihat sebagai seorang individu yang dekat dengan rakyat dan insya-Allah saya telah meminta semua syarikat TV dan radio untuk memastikan siaran pada hari ini disederhanakan dan disesuaikan,” katanya. -PentasDaily

