Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Pemilik kediaman strata yang gagal menjelaskan tunggakan yuran penyelenggaraan tidak boleh dihalang sepenuhnya daripada memasuki unit milik mereka, meskipun badan pengurusan mempunyai kuasa mengenakan sekatan tertentu.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, yang mewakili Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, berkata Akta Pengurusan Strata 2013 membenarkan tindakan pentadbiran terhadap pemilik yang gagal membayar tunggakan, termasuk menyahaktifkan kad akses elektronik dan menggantung penggunaan fasiliti bersama.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tindakan itu tidak memberi kuasa mutlak kepada pihak pengurusan untuk menafikan akses pemilik ke kediaman sendiri.

“Sehubungan itu, pihak pengurusan perlu menyediakan kaedah akses alternatif yang selamat dan munasabah, termasuk membenarkan pemilik memasuki kediaman melalui kawalan keselamatan,” katanya di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, kerajaan turut menyediakan mekanisme penguatkuasaan bagi menangani tunggakan menerusi Akta berkenaan, termasuk melalui Tribunal Pengurusan Strata dan pelaksanaan waran penahanan harta alih.

Dalam usaha menangani isu itu, kementerian memberi tumpuan kepada tiga langkah utama, iaitu menyediakan panduan standard dan meningkatkan advokasi, menggalakkan skim bayaran ansuran bersasar serta mengkaji semula dan mereformasi Akta Pengurusan Strata 2013.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse, membangkitkan isu pemilik yang membayar yuran penyelenggaraan secara konsisten tetapi tidak menerima perkhidmatan sewajarnya berikutan kekangan kewangan badan pengurusan.

Beliau meminta kerajaan mempertimbangkan mekanisme lebih berkesan bagi memastikan pemilik yang mempunyai tunggakan turut melunaskan tanggungjawab mereka, sekali gus mengelakkan beban kewangan terus ditanggung pemilik yang membayar yuran mengikut jadual.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek yang mewakili Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menjelaskan, Akta Pengurusan Strata 2013 membenarkan tindakan pentadbiran terhadap pemungkir, termasuk penyahaktifan kad akses elektronik dan penggantungan penggunaan fasiliti bersama.

“Bagaimanapun, tindakan sekatan tersebut bukanlah satu lesen mutlak untuk menghalang sepenuhnya pemilik daripada memasuki unit hak miliknya sendiri.

“Sehubungan itu, pihak pengurusan perlu menyediakan kaedah akses alternatif yang selamat dan munasabah, termasuk membenarkan pemilik memasuki kediaman melalui kawalan keselamatan,” katanya di Dewan Rakyat.

Dalam pada itu, kerajaan menegaskan Akta Pengurusan Strata 2013 turut menyediakan mekanisme penguatkuasaan bagi menangani tunggakan, antaranya melalui Tribunal Pengurusan Strata dan pelaksanaan waran penahanan harta alih.

“Kementerian turut menggariskan tiga fokus utama, iaitu pengeluaran panduan standard dan advokasi, penggalakan skim ansuran bersasar serta kajian semula dan reformasi Akta berkenaan,” jelasnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse, membangkitkan isu ketidakadilan terhadap pemilik yang membayar yuran secara konsisten tetapi tidak menerima perkhidmatan sewajarnya akibat kekangan dana badan pengurusan.

Beliau meminta kerajaan mempertimbang mekanisme lebih berkesan bagi memastikan pemilik yang mempunyai tunggakan memenuhi tanggungjawab mereka.

By Editor4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *