Foto: FB Wanita Keadilan

KUALA LUMPUR: Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini dianugerahkan Darjah Gemilang Seri Melaka (D.G.S.M) yang membawa gelaran Datuk Seri, bersempena Hari Jadi ke-77 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Mohd Rustam.

Perkara itu dikongsikan menerusi hantaran di Facebook Wanita Keadilan yang turut merakamkan ucapan tahniah kepada Fadhlina yang juga Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Menurut hantaran itu, penganugerahan tersebut diharapkan menjadi pemangkin untuck Fadhlina terus memimpin dengan penuh amanah, keberanian dan iltizam dalam memperkasa pendidikan negara serta memperjuangkan kesejahteraan wanita dan rakyat Malaysia.

“Ikhlas daripada seluruh kepimpinan dan anggota Wanita KEADILAN Malaysia.

Tahniah, YBhg Datuk Seri Fadhlina Sidek!,” katanya. – PentasDaily

By Editor3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *