Wong Kim WaiKetua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai

MARAN – Seorang penjawat awam lelaki ditahan selepas disyaki merakam video seorang lelaki lain di dalam tandas sebuah pasar raya di Jengka, di sini.


Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Superintenden Wong Kim Wai, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu pada 7 Spetember lepas.


Katanya, mangsa iaitu lelaki berusia 22 tahun membuat laporan selepas mendakwa terdapat satu klip video dirinya dirakam oleh orang tidak dikenali ketika berada di dalam tandas pasar raya tersebut.


“Susulan siasatan dan operasi pada 8 September yang dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Maran, seorang lelaki berusia 39 tahun yang merupakan penjawat awam berjaya ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, pihaknya turut merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang digunakan untuk merakam dan mengambil gambar mangsa bagi membantu siasatan.


Katanya, hasil soal siasat awal mendapati, suspek mengaku telah merakam video dan gambar mangsa semasa berada dalam tandas pasar raya terbabit.


“Kes ini kini disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 292 Akta yang sama.


“Suspek turut direman selama tiga hari bagi melengkapkan siasatan sebelum tindakan lanjut,” tambahnya.


Dalam pada itu, Kim Wai menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan.
Kata beliau, polis memandang serius sebarang bentuk ugutan, keganasan atau perbuatan yang boleh mengancam keselamatan awam dan akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. – PentasDaily

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *