Revolusi Terbaharu Penjagaan Kulit oleh Garnier
2 mins read

Revolusi Terbaharu Penjagaan Kulit oleh Garnier

KUALA LUMPUR – Dalam dunia kecantikan yang semakin berkembang pesat, Garnier sekali lagi membuktikan kepakarannya dengan memperkenalkan dua produk terbaharu dalam rutin penjagaan kulit moden iaitu Garnier Tri-Acid Renew Peeling Serum dan Micellar Peeling Water.

Kedua-duanya dirumus khusus untuk memberikan transformasi lembut namun ketara, seiring tuntutan pengguna masa kini yang mahukan hasil profesional dari keselesaan rumah sendiri.

Serum terbaharu Garnier ini dicipta untuk menangani masalah kulit kusam, tona tidak sekata dan tekstur yang tidak rata. Diuji secara dermatologi dan disokong oleh formula sains yang canggih, ia menjadi pilihan ideal buat mereka yang mendambakan kulit licin, cerah dan segar sepanjang hari.

Produk ini didatangkan secara eksklusif di semua cawangan Watsons dan platform dalam talian utama sepertoi Shopee, TikTok, Tri-Acid dan Lazada, Renew Peeling Serum ini dirumus dengan gabungan berkuasa 15% AHA, BHA dan PHA, selain diperkaya dengan Niacinamide yang merupakan kombinasi yang terkenal dalam dunia dermatologi moden.

Formula ini dikatakan mampu membantu proses pembaharuan kulit dan memulihkan lapisan pelindung dalam masa seawal empat jam.

Teknologi Tri-Acid 3X Lebih Efektif & Fungsinya

PHA (Poly Hydroxy Acid) – Bertindak lembut pada kulit sensitif sambil meratakan tekstur kulit.

AHA (Alpha Hydroxy Acid) – Membantu menanggalkan sel kulit mati di lapisan permukaan untuk menyerlahkan kulit lebih cerah.

BHA (Beta Hydroxy Acid) – Menembusi liang pori bagi mengurangkan bintik hitam serta mengawal minyak berlebihan.

Satu lagi produk Garnier adalah Micellar Peeling Water iaitu pembersih ‘dua dalam satu’ yang bukan sahaja menanggalkan kotoran dengan efektif, tetapi turut bertindak sebagai eksfoliator (menanggalkan sel kulit mati).

Digunakan bersama serum, kombinasi ini akan melengkapkan rutin eksfoliasi harian tanpa mengorbankan keselesaan kulit.

Kebaikan Eksfoliator

  • Mencerahkan kulit kusam
  • Mengurangkan bintik hitam dan jerawat
  • Meratakan tekstur kulit
  • Membantu penyerapan skincare lain menjadi lebih efektif
  • Menjadikan wajah lebih halus dan berseri
Dr Aen berkongsi pengetahuan berkaitan penjagaan kulit.

Ahli dermatologi terkenal dan pempengaruh kesihatan kulit, Dr. Aen, menyifatkan inovasi terbaru Garnier ini sebagai satu lonjakan besar dalam penjagaan kulit harian.

“Garnier Tri-Acid Renew Peeling Serum memberikan ‘peel glow’ yang menakjubkan tanpa pedih atau masa pemulihan. Ia cukup lembut untuk digunakan setiap hari dan membantu mengatasi kulit kusam serta jerawat. Eksfoliasi berkesan sebenarnya tidak semestinya menyakitkan,” katanya pada sesi ‘Peel The Truth’ yang berlangsung di Bangsar baru-baru ini.

Dengan gabungan sains, teknologi dan keselesaan pengguna, Garnier berjaya memperkenalkan dua produk yang bukan sekadar penjagaan kulit tetapi satu pengalaman kecantikan yang mengubah rutin harian menjadi ritual penuh keyakinan.

Ikuti Garnier Malaysia di Instagram @garniermalaysia dan TikTok @garniermy untuk maklumat dan kemas kini terkini mengenai acara serta inovasi akan datang.

Hadir sama pempengaruh popular, MekYun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *