Xiaomi 18 Pro

JIKA anda sedang mencari telefon flagship yang bukan sekadar laju, tetapi turut menawarkan pengalaman fotografi dan bateri yang besar, Xiaomi mungkin ada sesuatu yang menarik untuk anda.

Xiaomi baharu sahaja memperkenalkan Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max, dua telefon pintar premium terbaharunya yang hadir dengan kamera Leica, skrin berkualiti tinggi serta kapasiti bateri yang cukup besar.

Paling mencuri perhatian ialah Xiaomi 18 Pro Max yang dikuasai bateri 8,500mAh. Satu kapasiti yang jarang kita lihat pada telefon flagship moden.

Untuk peminat fotografi telefon pintar, siri Xiaomi 18 Pro membawa sistem kamera yang cukup menarik.

Kedua-dua model dilengkapi kamera utama 200MP, selain kamera telefoto periskop 200MP dengan zum optikal 3.2x dan kamera ultra lebar 50MP.

Kerjasama bersama Leica yang diteruskan membolehkan pengguna mendapatkan pengalaman fotografi yang lebih premium, khususnya bagi mereka yang gemar mengambil gambar makanan, pemandangan, potret atau kandungan untuk media sosial.

Pastinya juga kamera hadapan 50MP pula melengkapkan pengalaman selfie dan panggilan video.

Xiaomi 18 Pro ada skrin kedua di belakang


Satu lagi ciri yang menarik perhatian ialah skrin kedua pada bahagian belakang Xiaomi 18 Pro.

Skrin OLED berukuran 2.7 inci ini boleh digunakan untuk melihat notifikasi dan beberapa fungsi lain tanpa perlu sentiasa menggunakan skrin utama. Hebat bukan?

Untuk Xiaomi 18 Pro Max pula, skrin belakangnya lebih besar dengan saiz 2.9 inci.

Reka bentuk sebegini bukan sahaja memberikan identiti tersendiri kepada telefon tersebut, malah boleh menjadi ciri yang berguna ketika mengambil gambar menggunakan kamera utama untuk mendapatkan hasil selfie yang lebih berkualiti.

Xiaomi 18 Pro hadir dengan skrin OLED 6.4 inci, manakala Xiaomi 18 Pro Max menawarkan paparan LTPO OLED 6.9 inci.

Kedua-duanya menyokong refresh rate sehingga 120Hz serta kecerahan maksimum sehingga 4,000 nits.

Bagi mereka yang banyak menonton Netflix, YouTube, TikTok atau bermain permainan mudah alih, skrin besar pada model Pro Max pastinya lebih menarik, terutama ketika digunakan untuk sesi hiburan yang panjang.

Bateri 8,500mAh untuk Pro Max


Namun, perkara paling mencuri perhatian pada Xiaomi 18 Pro Max mungkin bukan kameranya, tetapi baterinya.

Telefon ini dilengkapi bateri berkapasiti 8,500mAh dan menyokong pengecasan berwayar 100W serta pengecasan tanpa wayar 50W.

Xiaomi 18 Pro pula mempunyai bateri 7,000mAh dengan sokongan pengecasan berwayar 100W dan tanpa wayar 50W.

Dengan kapasiti sebegini, siri ini jelas menyasarkan pengguna yang mahukan telefon yang mampu menemani mereka sepanjang hari tanpa terlalu kerap mencari pengecas.

Prestasi flagship


Kedua-dua telefon menggunakan cip Snapdragon generasi baharu Qualcomm dan ditawarkan dengan RAM sehingga 16GB serta storan sehingga 1TB.

Maksudnya, selain fotografi dan hiburan, kedua-dua model turut menyasarkan pengguna yang mahukan prestasi tinggi untuk permainan mudah alih, suntingan video dan tugasan harian yang lebih berat.

Kedua-duanya juga menjalankan HyperOS 4 sebagai sistem operasi.

Xiaomi 18 Pro Max dan Xiaomi 18 Pro ditawarkan dalam warna Black, White, Ice Peach Powder dan Milky Way Blue. Turut ditawarkan satu edisi khas berwarna merah dengan panel lutsinar. Harga jualan peranti di China adalah seperti di bawah.

  • Xiaomi 18 Pro Max (12/256GB) – RMB 6999 (~RM 4269)
  • Xiaomi 18 Pro Max (12/512GB) – RMB 7999 (~RM 4879)
  • Xiaomi 18 Pro Max (16/512GB) – RMB 8999 (~RM 5489)
  • Xiaomi 18 Pro Max (16/1000GB) – RMB 9999 (~RM 6099)
  • Xiaomi 18 Pro Max Edisi Khas (16/1000GB) – RMB 10999 (~RM 6705)
  • Xiaomi 18 Pro (12/256GB) – RMB 5999 (~RM 3659)
  • Xiaomi 18 Pro (12/512GB) – RMB 6999 (~RM 4269)
  • Xiaomi 18 Pro (16/512GB) – RMB 7999 (~RM 4879)
  • Xiaomi 18 Pro (16/1000GB) – RMB 8999 (~RM 5489)
  • Xiaomi 18 Pro Max Edisi Khas (16/1000GB) – RMB 9999 (~RM 6099)

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *