fahmiDatuk Seri Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA: Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menggesa content creator, influencer dan pengguna media sosial memberi ruang dan masa kepada Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurut beliau, tidak semua perkara perlu dikejar untuk dijadikan kandungan dalam media sosial, lebih-lebih lagi dalam situasi Dr Mahathir ketika ini yang belum pun sampai seminggu kehilangan isterinya, Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Apatah lagi, tambah beliau, ahli keluarganya termasuk Datuk Seri Mukhriz sendiri turut membuat permintaan supaya bekas Perdana Menteri itu diberikan ruang dan masa.

“Kita faham ramai yang nak tahu perkembangan terkini termasuk keadaan kesihatan Tun M.

“Tapi sebenarmya tak semua benda perlu dikejar lebih-lebih lagi untuk dibuat berita atau content.

“Kita kena bagi ruang dan masa kepada yang sedang berduka

dan kalau terjumpa kandungan yang mengaibkan, yang guna kecerdasan buatan (AI), yang tak sensitif atau sampai mendoakan benda-benda yang bukan-bukan, tolonglah jangan share, jangan komen dan jangan bagi views.

“Sebaliknya, terus lapor kepada Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (MCM) atau polis,” katanya menerusi kenyataan video di laman sosial Facebooknya hari ini.

Tambah Fahmi, teknologi boleh berubah dan setiap orang boleh berbeza pandangan, namun media sosial tidak boleh digunakan sehingga hilang adab, moral dan sifat kemanusiaan.

“Beri ruang. Beri masa. Jaga adab,” katanya. – PentasDaily

By Editor4

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *