KUALA LUMPUR – Dalam dunia yang semakin menitikberatkan kelestarian dan kesejahteraan hidup, Rigel Technology (M) Sdn. Bhd. tampil memperkukuh komitmen terhadap inovasi hijau melalui pembukaan bilik pameran gaya hidup pintar terbaharu di ibu negara.
Majlis pelancaran bilik pameran itu disempurnakan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang menyifatkan langkah tersebut sebagai satu pencapaian penting bukan sahaja kepada Rigel, tetapi juga kepada aspirasi Malaysia Madani dalam membina bandar pintar dan lestari.
“Pembukaan bilik pameran ini bukan sekadar memperkenalkan produk sanitari moden, tetapi turut mendidik masyarakat tentang pentingnya kebersihan, kecekapan dan inovasi dalam kehidupan harian,” ujar beliau dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Datuk Mohd. Fadzli Mohd. Kenali.
Mohd Fadzli Mohd Kenali
Teknologi Pintar, Tandas Bertaraf Dunia
Rigel kini memperkenalkan sistem pengurusan tandas pintar berasaskan Internet-of-Toilet (IoT) yang membolehkan tahap kebersihan, penggunaan air dan tenaga dipantau secara masa nyata. Teknologi ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan tetapi turut menyokong pengurusan sumber air negara secara mampan.
Menurut Nga, usaha seperti ini seiring dengan dasar Tandas Awam BMW (Bersih, Menawan dan Wangi) yang diperkenalkan KPKT sejak 2023 — satu inisiatif yang mengubah persepsi terhadap kemudahan awam dan meletakkan piawaian baharu kebersihan bertaraf antarabangsa.
“Konsep BMW bukan hanya kempen kebersihan, tetapi satu anjakan paradigma nasional. Ia menuntut tanggungjawab bersama antara kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta untuk mewujudkan kemudahan awam yang selesa dan berdaya huni,” katanya.
Anugerah “Toilet of The Year” (TOTYA) 2025
Sebagai pengiktirafan kepada pihak yang menyokong inisiatif kebersihan awam, KPKT akan menganjurkan Anugerah Toilet of The Year (TOTYA) pada 19 November ini di Hotel Westin Kuala Lumpur.
“Rigel merupakan rakan strategik utama anugerah berprestij itu, yang bertujuan menghargai organisasi dan syarikat yang berjaya membangunkan tandas awam bertaraf BMW terbaik.
“Kerjasama sektor swasta seperti Rigel amat penting dalam menjayakan visi bandar pintar. Kerajaan tidak mampu melakukannya bersendirian,” tegas Nga.
Gaya Hidup Pintar Seiring Masa Depan
Majlis Perasmian Pembukaan Bilik Pameran Baharu, Rigel Technology, di Petaling Jaya, baru-baru ini.Christopher Ng, berkata pelancaran bilik pameran sanitari Rigel Technology itu mencerminkan komitmen Rigel terhadap inovasi dan kehidupan pintar yang mampan.
Sejak ditubuhkan pada 1991 dan berpusat di Singapura, Rigel telah menjadi peneraju serantau dalam penyelesaian bilik air pintar, dengan kehadiran di Malaysia, Vietnam, Indonesia dan China.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Christopher Ng, berkata pelancaran bilik pameran baharu ini adalah simbol kepada dedikasi Rigel untuk membawa inovasi yang bukan sahaja menawan dari segi rekaan, tetapi juga menyumbang kepada kesejahteraan hidup.
“Kami beriltizam menetapkan piawaian baharu dalam teknologi sanitari yang bukan sekadar memenuhi keperluan moden, tetapi juga mendukung gaya hidup mampan sejajar dengan semangat Malaysia Madani,” katanya.
Dengan gabungan teknologi pintar, rekaan kontemporari dan keprihatinan terhadap alam sekitar, Rigel terus membuktikan bahawa kemodenan dan kelestarian mampu bergerak seiring — menjadikan bilik air bukan sekadar keperluan asas, tetapi simbol gaya hidup masa depan.
Majlis Perasmian Pembukaan Bilik Pameran Baharu, Rigel Technology, di Petaling Jaya, baru-baru ini.