Nexperts Academy Perkasa Bakat Bumiputera Dalam Teknologi AI dan Digital
6 mins read

Nexperts Academy Perkasa Bakat Bumiputera Dalam Teknologi AI dan Digital

KUALA LUMPUR – Nexperts Academy baru-baru ini mengumumkan pelaksanaan inisiatif pendidikan strategik yang membuka peluang kepada Bumiputera mengikuti program pensijilan profesional bertaraf industri dalam bidang Kecerdasan Buatan dan Pembelajaran Mesin (AIML), keselamatan siber, pembangunan perisian dan teknologi digital melalui pembiayaan pendidikan Yayasan Peneraju.

Program yang ditawarkan dengan pembiayaan penuh itu memberi peluang kepada peserta menukar pembiayaan kepada biasiswa sekiranya memenuhi syarat kehadiran minimum 85 peratus dan lulus penilaian akhir.

Langkah ini bertujuan memperkukuh penguasaan Bumiputera dalam sektor teknologi bernilai tinggi serta menyokong aspirasi negara ke arah ekonomi digital yang lebih kompetitif dan mampan.

Seiring agenda membangunkan Malaysia sebagai negara AI menjelang 2030, inisiatif itu turut melengkapi kerangka pembangunan digital di bawah aspirasi MADANI yang menekankan manfaat teknologi pintar dalam pendidikan, kesihatan, keselamatan, pertanian, perkhidmatan awam dan sektor perindustrian.

Sebagai rakan latihan rasmi kepada Yayasan Peneraju, Nexperts komited melahirkan tenaga kerja Bumiputera berkemahiran tinggi sejajar dengan keperluan Revolusi Industri 4.0 dan ekonomi global berasaskan AI.

Nexperts Academy memaklumkan usaha tersebut adalah komitmen institut itu untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem pembangunan modal insan negara dengan menyediakan laluan pembelajaran berstruktur, pensijilan profesional dan latihan berorientasikan industri yang memenuhi keperluan semasa serta masa hadapan.

Mengulas keperluan bakat berkemahiran, Nexperts Academy berkata permintaan terhadap tenaga kerja mahir dalam AI, analitik data, automasi, keselamatan siber dan pembangunan sistem terus meningkat selaras dengan perubahan pasaran global.

Pada masa sama, Malaysia turut berdepan cabaran jurang kemahiran yang memerlukan penglibatan lebih aktif antara penyedia latihan dan industri.

Melalui tenaga pengajar berpengalaman dan kurikulum yang dirangka berdasarkan keperluan sebenar pasaran, peserta berpeluang meningkatkan keupayaan untuk menceburi kerjaya berpendapatan tinggi di dalam atau luar negara.

Nazreen Abdul Ghani (kiri) pada sidang media di Damansara, baru-baru ini.

Pengarah Nexperts Academy, Nazreen Abdul Ghani, berkata penyertaan Bumiputera dalam sektor teknologi merupakan faktor penting dalam memastikan daya saing negara terus kukuh.

“Kami komited melahirkan lebih ramai profesional teknologi Bumiputera bagi memenuhi permintaan tenaga kerja yang dipacu AI dan teknologi masa hadapan. Kejayaan Malaysia sebagai hab inovasi serantau bergantung kepada bakat tempatan yang kompeten dan bersedia bersaing di pentas global,” katanya.

Beliau berkata, kolaborasi dengan Nexperts Academy itu juga selaras dengan matlamat yayasan untuk memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam sektor AI dan teknologi bernilai tinggi, melalui tajaan latihan dan pensijilan yang menyediakan laluan kukuh ke arah pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.

“Program yang ditawarkan termasuk AI & Machine Learning Bootcamp, CompTIA Network+, Certified Ethical Hacker (CEH), Network & Multi-Cloud Bootcamp, dan CompTIA Cloud+, dengan penekanan khusus kepada pembangunan, latihan dan penerapan model AI dalam konteks industri sebenar,”katanya.

Beliau menambah, kerjasama dengan Yayasan Peneraju membuka laluan kepada Bumiputera untuk memperoleh kemahiran bertaraf global yang relevan dan berimpak tinggi.

Wakil Yayasan Peneraju turut menyatakan bahawa kerjasama itu selaras matlamat yayasan itu memperkukuh penyertaan Bumiputera dalam sektor teknologi bernilai tinggi, sambil menyediakan laluan kukuh ke arah pembangunan modal insan berkemahiran tinggi.

Sidang media berkenaan turut menampilkan alumni program yang berkongsi kejayaan mereka beralih kerjaya ke bidang teknologi maklumat dan analitik data selepas melalui latihan di Nexpert Academy.

Senarai Kursus Terkini & Maklumat Program


1. AI & Machine Learning Bootcamp

Penerangan Program:
Kursus praktikal dari peringkat asas hingga intermediate merangkumi Python, analisis data, statistik, algoritma ML, deep learning, NLP serta pembangunan model AI menggunakan Pandas, Scikit-learn, TensorFlow dan Power BI.

Kelayakan:

  • Bumiputera
  • Warganegara Malaysia
  • Umur ≥ 18 tahun

Terma Kewangan:

  • Pakej Silver (tanpa bayaran balik)
  • Peserta perlu menamatkan latihan dan projek dalam tempoh ditetapkan
  • Jika gagal menamatkan, peserta perlu membayar balik yuran seperti dinyatakan dalam Surat Tawaran

Sorotan Kandungan:

  • Latihan bersama pengajar
  • Akses rakaman latihan
  • Projek capstone
  • Elaun (sekali) daripada Nexperts
  • Makanan disediakan untuk kelas fizikal
  • Latihan Python, SQL, Power BI, statistik, AI & ML

Hasil Pembelajaran:

  • Membangun, melatih dan menguji model ML/AI
  • Mengaplikasi model dalam situasi sebenar
  • Bersedia untuk kerjaya Data Analyst, Junior AI Developer, ML Assistant

Tempoh & Mod:

  • 30 hari
  • Mod hibrid (online + fizikal)

Pensijilan:

  • Certificate of Achievement oleh Nexperts Academy

2. CompTIA Network+

Penerangan Program:
Kursus asas dan lanjutan rangkaian komputer meliputi protokol, infrastruktur, keselamatan rangkaian dan troubleshooting.

Kelayakan:

  • Bumiputera
  • Warganegara Malaysia
  • Umur ≥ 18 tahun

Terma Pembiayaan:

  • Silver Package (tanpa bayaran balik)
  • Peserta wajib lulus peperiksaan dalam tempoh ditetapkan
  • Jika gagal setelah beberapa cubaan, yuran perlu dibayar balik kepada Yayasan Peneraju

Sorotan Kandungan:

  • Latihan bersama pengajar
  • Akses makmal & rakaman latihan
  • Elaun sehala (RM300–RM500, tertakluk kepada Nexperts)
  • Dua cubaan peperiksaan ditanggung Nexperts
  • Sarapan & makan tengah hari untuk kelas fizikal

Hasil Pembelajaran:

  • Memahami OSI model, IP addressing, protokol, peranti rangkaian, keselamatan & troubleshooting
  • Bersedia untuk peperiksaan CompTIA Network+ (N10-008)

Tempoh & Mod:

  • 5 hari
  • Online / fizikal / hibrid

Pensijilan:

  • CompTIA Network+ (selepas lulus peperiksaan)

3. Certified Ethical Hacker (CEH)

Penerangan Program:
Kursus keselamatan siber yang memberi pendedahan kepada kaedah “ethical hacking” untuk mengenal pasti kelemahan sistem.

Kandungan Utama:

  • Reconnaissance, scanning & exploitation
  • Analisis malware
  • Social engineering
  • Serangan DoS
  • Hacking web, wireless & cloud
  • Kriptografi & pertahanan sistem

Tempoh & Struktur:

  • 5 hari
  • Latihan teori dan makmal simulasi serangan sebenar

Pensijilan:

  • Persediaan peperiksaan CEH (EC-Council)

Kelayakan:

  • Bumiputera di bawah tajaan Yayasan Peneraju (Silver Package) melalui Nexperts Academy

4. Network & Multi-Cloud Bootcamp

Penerangan Program:
Bootcamp intensif selama 6 minggu untuk peserta pemula yang ingin mendapat asas rangkaian dan pengkomputeran awan, dengan fokus Microsoft Azure.

Kandungan Utama:

  • Asas rangkaian & konfigurasi
  • Virtualisasi
  • Penyimpanan & deployment cloud
  • Multi-cloud solutions
  • Pengurusan identiti, governance & infrastruktur Azure
  • Persediaan Network+, Cloud+ & AZ-104

Tempoh & Mod:

  • 6 minggu (bootcamp penuh)

Pensijilan (Bersedia untuk):

  • CompTIA Network+
  • CompTIA Cloud+
  • Microsoft Certified: Azure Administrator Associate (AZ-104)

5. CompTIA Cloud+

Penerangan Program:
Kursus intensif berkaitan infrastruktur awan moden di bawah tajaan Yayasan Peneraju melalui Nexperts Grants.

Objektif Pembelajaran:

  • Memahami seni bina awan & model deployment
  • Virtualization
  • Keselamatan awan & disaster recovery
  • Kepatuhan dan automasi awan

Peluang Kerjaya:

  • Cloud Support
  • Junior Cloud Administrator

PROSES PERMOHONAN

  1. Mohon Letter of Enrolment daripada Nexperts Academy melalui laman Nexperts Grants.
    🔗 https://www.nexpertsgrants.com
  2. Isi borang permohonan kursus pilihan.
  3. Sediakan dokumen berikut:
    • Kad Pengenalan (IC)
    • Sijil lahir
    • Penyata bank terkini
  4. Dapatkan cop Certified True Copy (CTC) bagi ketiga-tiga dokumen.
  5. Tandatangani Letter of Enrolment dan hantar kesemua dokumen lengkap ke portal Yayasan Peneraju.
    • Pilih Pakej Silver semasa penghantaran.
  6. Tunggu kelulusan Yayasan Peneraju.
  7. Setelah diluluskan, hadiri latihan mengikut jadual intake Nexperts Academy.
  8. Yayasan Peneraju akan memindahkan yuran kursus ke akaun pemohon.
    Pemohon kemudiannya membuat bayaran kepada Nexperts Academy.

Maklumat dan Permohonan

Permohonan pengambilan terakhir dibuka sehingga 15 Disember 2025. Maklumat lanjut boleh diperoleh di www.nexpertsgrants.com atau laman rasmi akademi di www.nexpertsacademy.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *