Malaysia Rangkul 4 Anugerah di Asia Harley Days
1 min read

Malaysia Rangkul 4 Anugerah di Asia Harley Days

Malaysia merangkul empat anugerah di Asia Harley Days (AHD) 2025 yang berlangsung baru-baru ini di Midwinter, Khao Yai, Thailand.

Anugerah Outstanding Riding Achievement – Unique Record diberikan kepada Dato’ Anand dan K.V.R. Sanjevee atas kejayaan menunggang Harley-Davidson Fat Boy di Umling La Pass, India, iaitu jalan tertinggi di dunia yang boleh dilalui oleh kenderaan.

Malaysia turut meraih anugerah Best H-D Community Event menerusi penyertaan komuniti Harley-Davidson di Desaru International Bike Week, setelah dipilih daripada pelbagai acara komuniti di pasaran Asia Emerging Markets.

Dalam kategori H-D Custom Kings Asia – King of the Kings, David Harrison muncul pemenang dengan motosikal ubah suainya, Electra Glide Highway King “El Patron.”

Beliau merupakan peserta ‘wild card’ sebelum mewakili Malaysia ke peringkat akhir serantau di Thailand.

Anugerah keempat, Largest Contingent to AHD, disampaikan kepada HRB Motorcycle Club Malaysia yang mencatat penyertaan tertinggi dalam kalangan Asia Emerging Markets di luar Thailand.

Kemenangan ini menonjolkan pencapaian cemerlang Malaysia, sekali gus menjadikannya negara dengan pungutan anugerah terbanyak dalam satu malam bagi pasaran Harley-Davidson Asia Emerging Markets, termasuk Filipina, Thailand, Korea Selatan, Vietnam, Indonesia, Taiwan, Singapura, India, Hong Kong dan Macau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *