Aluna Signature Dilancarkan: Gabungan Rawatan Pintar, Teknologi Robotik & Sentuhan Diraja Bali
2 mins read

Aluna Signature Dilancarkan: Gabungan Rawatan Pintar, Teknologi Robotik & Sentuhan Diraja Bali

DALAM suasana urban yang serba sibuk, muncul ‘destinasi’ baharu untuk mereka yang mencari ruang pemulihan tubuh dan emosi. Aluna Signature baru-baru ini secara rasmi dibuka di Bangsar, menawarkan pengalaman kesihatan premium yang menggabungkan teknologi, tradisi dan sentuhan kemewahan.

Majlis pelancaran disempurnakan oleh Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Yaacob Sam, menandakan kemasukan konsep “Intelligent Healing” ke Malaysia sebagai pendekatan yang mengharmonikan kecerdasan buatan (AI), inovasi robotik dan terapi warisan Bali.

Mengapa Aluna Signature Berbeza?

Pengerusi Aluna Group, Ayu Zaimah, menjelaskan bahawa ramai individu kini berdepan dengan tekanan hidup moden: stres, postur badan yang teruk, tidur terganggu dan sakit badan yang berpanjangan. Menyedari hakikat itu, Aluna Signature direka sebagai pusat pemulihan holistik, bukan sekadar rawatan sementara.

“Ramai cuba hilangkan sakit secara segera, tetapi punca sebenar tidak dirawat. Di Aluna, kami ingin membina keseimbangan tubuh dan emosi dengan pendekatan yang lebih tepat dan berkekalan,” katanya.

Pengerusi Aluna Group, Ayu Zaiman bersama Datuk Yaacob Sam pada Majlis perasmian Aluna Signature di Bangsar, baru-baru ini.

Teknologi EMMA: ‘Robot Therapist’ dari Singapura hingga Mayo Clinic

Salah satu tarikan terbesar di Aluna Signature ialah kehadiran EMMA, robot terapi berteknologi tinggi yang dibangunkan melalui kerjasama NTU Singapura, Singapore General Hospital dan Mayo Clinic. EMMA dilengkapi sensor pintar yang berkemampuan:

  • menganalisis ketegangan otot,
  • mengesan titik tekanan,
  • menilai postur secara tepat.

Data ini kemudiannya digunakan pakar terapi manusia untuk merangka rawatan yang lebih tersasar berbanding urutan tradisional. Hasilnya: pengalaman rawatan yang konsisten, tepat dan disesuaikan dengan keperluan tubuh setiap individu.

Teknologi robotik yang digunakan untuk mengesan masalah kesihatan.

Royal Bali Treatment: Mewah, Eksklusif & Sarat Tradisi

Bagi yang merindui sentuhan spa eksotik, Aluna turut memperkenalkan Royal Bali Treatment, terapi premium yang diinspirasikan daripada tradisi penyembuhan diraja Bali. Rawatan ini menggabungkan:

  • teknik urutan tradisional Bali,
  • minyak herba eksklusif,
  • ramuan purba yang ‘direka semula’ untuk gaya hidup moden.

Fokusnya adalah keseimbangan tubuh, tenaga dan emosi menjadikannya pilihan mereka yang mengimpikan pemulihan sebenar dalam suasana menenangkan.

Ayu menambah, “Cerapan EMMA memberikan ketepatan saintifik, manakala Royal Bali Treatment menawarkan sentuhan emosi dan spiritual. Bila kedua-duanya digabungkan, pengalaman penyembuhan menjadi lebih lengkap.”

Di Mana Tradisi Bertemu Inovasi

Aluna Signature dibina berasaskan falsafah “Where Tradition Meets Innovation”. Setiap sesi rawatan dirangka secara peribadi mengikut keperluan unik pelanggan yang menjanjikan bukan sahaja kelegaan segera, tetapi pemulihan jangka panjang.

Dengan kombinasi teknologinya, kehalusan terapi Bali dan ruang yang direka untuk ketenangan, Aluna Signature menandakan era baharu penjagaan kesihatan holistik di Malaysia. Ia adalah destinasi gaya hidup moden bagi mereka yang ingin menyantuni tubuh, emosi dan minda dengan cara yang lebih bermakna.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *