ahmad zahidAhmad Zahid Hamidi dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pengurusan Bencana Negara hari ini.

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi kemungkinan keadaan jerebu susulan cuaca panas dan kering berpanjangan yang berpotensi meningkatkan risiko kebakaran, khususnya di kawasan tanah gambut.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, tindakan awal perlu dilaksanakan bagi menghadapi keadaan jerebu yang berlaku dengan pantas, tanpa menunggu situasi menjadi semakin kritikal.

Beliau berkata, pendekatan tindakan awal (anticipatory action) penting bagi memastikan langkah pencegahan dan kesiapsiagaan digerakkan berdasarkan ramalan cuaca, data serta penilaian risiko.

“Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tertinggi (HLC) Pengurusan Bencana Negara hari ini, aspek kesiapsiagaan agensi, aset, logistik, kesihatan awam serta penyelarasan antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri turut diberi perhatian,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, semua pihak perlu bersedia menghadapi kemungkinan cuaca panas dan kering berpanjangan yang boleh memberi tekanan kepada bekalan air serta meningkatkan risiko kebakaran.

Katanya, penyelarasan awal dan tindakan lebih tersusun akan terus diperkukuh bagi memastikan setiap agensi bersedia bertindak pantas apabila diperlukan.

“Yang paling utama, keselamatan serta kesejahteraan rakyat sentiasa menjadi keutamaan,” katanya.

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *